Tuesday 19 January 2010

musuh kita


Daripada Tsauban r.a. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".

Seorang sahabat bertanya,
"Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis-habisan dan bermati-matian. Jika mereka kalah, mereka mati dalam keadaan syahid.