Saturday, 25 September 2010

apabila sang kancil membuli si pelemah lembut..haish!

pagi tadi kami satu group(ira,qy,mael,amin,kherol,din,said,ayat dan apit) telah membuat satu aktiviti di rumah anak2 yatim di kajang sempena ENGLISH DAY.

sebelum start game chairman akan mmberi pnerangan dlu.tapi keadaan out of control laa.budak2 ni nakal betul.hmm aku dengan fail aku yg kepink pink tu diapit diketiak ala ala game manager yg BENGIS sambil memerhati para kekanakan ni.
tiba-tiba....
"akak jomla maen dgn kitorg.."sambil menarik tangan aku.dengan keadaan buatbuat BENGIS agar mereka takut kepadaku akhirnya cair weh.bagai si snow white melihat sang kerdil kerdil bermain main.so aku pun join la dengan sukacitanya.
"akak naekla buai ni.." dan aku pun masuk dan duduk.

pendahuluan:
"akak kite nak maen pe ni?"
"game la..jomla bestttt.dapat hadiah.nak hadiah tak?"
"hadiah pe kak?"
"haa..adalaa..jom kite main dulu eh..."
"akak.dok baik2 tau.."


puncak cerita:
sambil aku menggaru kepala memikirkan ape yg dorg nk wat kat aku..
sorang bangun dan kangkang kat buai tu...rupanya die nak buai buiaan tu lelaju!!
..."cis takguna!"...aku berkata dalam hati...
"dik..eh jgn buai lajulaju jatuh kang.."padahal aku yg takut.
"alah akak best la..(sambil gelak)"..
"eh jgnla mcm tu akak nak turun ni...(sambil aku lak mcm lintah kelemasan)"
"akak takut ehhhh....(gelak setan lagi)"
"eh jgn la mcm ni..stop stop akak nk turun.."
cis diorg wat dek!


penghabisan cerita:
dengan doa yg aku pohon supaya memberikan aku kekuatan aku berdiri slow dan pegang diantara tiang buaian tu..so buaian tu makin lama makin slow..agak slow aku trus lompat kuar.
berpusing aku selamatkan diri dari kurungan buiaan gergasi tu!agak pening la.
ya Allah.malu gile aku kena buli!!

dan kengkawan aku lak bolih tgok je..si amin lak bolih gelak2..haish malu weh.
takpe aku paham.kanak2 ni semuanya manjamanja.diorg nak maen dgn kami semua. tapi......
..hahaha neway bnyak lagi cerita2 menarik bukan melanda aku je.malah semua ahli group kami. :)..
seronok sgt dapat spend masa dgn anak2 yatim ni.riuh,nakal,manja dan banyak lagi..
ahhhhh rasa mcm nak cerita semuanya tp malas nak taip!

semuanya happy :p

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu akan harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) kepada harta kamu, kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”

(Surah An-Nisa’: 2)