Monday 29 November 2010

nak masak sardin...

mula-mula...
ambik tin sardin
pegang tin tersebut..pegang lah dengan tangan takpun lutut takpun kaki pun boleh.
kemudian ambik pisau dan pengetuk..gunalah apa pun.asalkan ketukan tu mendatangkan kesan.lesung batu boleh,merton,heels,safety boots pun boleh(bagi yang menginap hostel)

kupas bawang..
kupaslah sebanyak mana yang suka dan basuh sehingga bersih.nak guna sikit je.yang selebihnya simpan dalam peti sejuk.esok nak masak lagi..

panaskan periuk atau perkakas yang sesuai untuk masak makanan berkuah ni..
dah panas..rase dengan hujung jari kat buntut periuk tu panas ke tidak?kalau dah panas masukkan minyak..
minyak dah panas masukkan bawang yang pelbagai tadi kedalam periuk.campak kuatkuat.
lebih afdal kau campak bawang yang basah.baru naik aromanya.alah meletup tu sikitsikit ja.guna penutup periuk sebagai perisai.

masukkan sardin tadi....
bawang dah kekuningan,awas jika bawang kehitaman mula dari step pertama.kemudian dengan ucapan BISMILLAHIRAHMANIRAHIM kau masuklah sardin kedalam periuk.
gunakan kelembutan dan kegemalaian kau supaya sardin tadi takhancur.kacau pelanpelan bak lagu ulik mayang.

biarkan sehingga menggelegak...
kemudian biarkan sardin itu masak dan mendidih.dan selepas itu sediakan mangkuk kecik comel untuk dihidang.

siap dihidang maka makanlah aku sorangsorang kat umah sambil menonton cerita alisa.